Demografi Lahad Datu

Populasi penduduk Daerah Lahad Datu pada peringkat awal sukar diketahui kerana tidak ada bancian awal yang dilakukan. Bagi penduduk Sabah bancian penduduk pertama kali dilakukan oleh NBCC[Penjelasan diperlukan] pada tahun 1891 iaitu lebih kurang 67 000 orang. Seterusnya, bancian telah dilakukan pada tahun 1901 dan 1911 iaitu 104,157 dan 214,279 masing-masing. Namun, bancian ketiga-tiga tahun ini tidak lengkap kerana ketika itu, NBCC belum menerokai kawasan pedalaman.[perlu rujukan]Bancian bagi penduduk Lahad Datu selepas merdeka telah dilakukan pada tahun 1965, namun bancian yang dilakukan ini meliputi keseluruhan Residensi Tawau termasuk Lahad Datu, Kunak, Semporna dan daerah Tawau. Bancian ini tidak dapat digunakan untuk membandingkan bilangan penduduk Lahad Datu dari semasa ke semasa. Bancian penduduk Sabah dilakukan 10 tahun sekali. Penduduk di Lahad Datu telah mengalami peningkatan yang mendadak iaitu 29 135 orang pada tahun 1970 kepada 51 772 orang pada tahun 1980. Seterusnya sepuluh tahun kemudian, penduduk Lahad Datu meningkat lagi iaitu kepada 118 272. Peningkatan ini dicatatkan kira-kira 50% daripada tahun 1980.[perlu rujukan]